|
|
|
|
butir-butir teknikal setem VBY2001l
|
REKABENTUK SETEM PELANCONGAN BRUNEI - PENERANGAN KREATIF Setiap setem meliputi tarikan pelancong yang penting di Brunei iaitu Eko-Pelancongan, Kebudayaan dan Kerabat Diraja. Dengan demikian, setem ini akan menjadi sebagai 'Pencetus Kenangan' kepada pengirim dan penerima yang mengingatkan mereka mengenai Tahun Melawat Brunei. Setem ini mengandungi logo Tahun Melawat Brunei 2001 dan mesej diulang lagi dalam teks. Setem menggambarkan pendekatan rekabentuk yang digunakan dalam pengiklanan untuk memaksimumkan keberkesanan mesej kami. TAHUN MELAWAT BRUNEI 2001 Kunjungilah bumi penuh khazanah semula jadi ini. Nikmatilah hutan-hutan zamrud, jelajahilah terumbu karang atau alami saja dengan ceria segala anugerah yang awda temui di sini. Inilah Brunei, negara Kesultanan yang mengagumkan dan mempesona yang memiliki warisan diraja sejak kira-kira 600 tahun dahulu. Inilah alam eko-pelancongan di mana 70% daripada buminya adalah hutan hujan semula jadi. Awda boleh bercanda di pantainya yang putih bersih atau berkunjung ke perkampungan yang unik dan menarik serta bermesra dengan penduduk tempatan. Sambil awda santai di sini, awda boleh menyaksikan acara dan tarikan tempatan khusus diadakan bagi Tahun Melawat Brunei 2001. Jadi nikmatilah percutian awda di negara kami - Brunei Darussalam - lintasan ke tengah Borneo - Bumi limpahan khazanah yang menakjubkan.
|