|
|
PEMBERITAHUAN 2001 |
|
BAHAGIAN PENTADBIRAN - JABATAN PERKHIDMATAN POS
|
|
|
|
Pemberitahuan Bilangan 01 (9 Syawal 1421 / 6 Januari 2001)
Sumbangan Hadiah Bagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Kementerian Perhubungan 2001
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 02 (12 Syawal 1421 / 8 Januari 2001)
Surat Pemberitahuan Mengenai Pengiklanan Tawaran Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam Bil: JPA/3.2/156/87
Tarikh tutup permohonan pada 29 Januari 2001
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 03 (15 Syawal 1421 / 10 Januari 2001)
Sambutan Keluarga Pos Berhari Raya Tahun 2001
Pada 21 Januari 2001 Jam 1.30 Petang Tempat Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 04 (18 Syawal 1421 / 13 Januari 2001)
Borang Permohonan Keluar Menghantar / Mengambil Anak Sekolah Tahun 2001
Peraturan berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2000
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 05 (16 Syawal 1421 / 11 Januari 2001)
Pembayaran Bil-Bil Telefon Dengan Menggunakan Kad Kredit VISA & MASTER
Perkhidmatan diadakan semula pada 15 Januari 2001
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 06 (21 Syawal 1421 / 18 Januari 2001)
Penyerahan Surat-Surat Kawasan Yang Terlibat Dalam Kebanjiran
Dimaklumkan kepada penduduk-penduduk Mukim Rambai (Kg Binutan, Kg Rambai, Kg Panchong, Kg Layong, Kg Papar, Kg Batang Mitus & sekitarnya) ; Mukim Ukong & sekitarnya bahawa akan dapat menghubungi Pejabat Pos Lamunin dan Pejabat Pos Tutong bagi mengambil segera persuratan mereka.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 07 (5 Zulkaedah 1421 / 30 Januari 2001)
Borang Permohonan Cuti & Sokongan Memangku / Menjalankan Tugas Secara Sementara & Borang Timbang Terima
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 08 (4 Zulkaedah 1421 /29 Januari 2001)
Kutipan Derma Bagi Tahun 2001
Bagi mengelakkan pengutipan yang berbalik-balik bermula dari tahun ini, kutipan hanya akan dibuat sekali dalam setahun. Kadar derma adalah ditetapkan pada 2.5% daripada gaji pokok Pegawai & Kakitangan.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 09 (7 Zulkaedah 1421 / 13 Febuari 2001)
Melanggar Peraturan Lalulintas
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 10 (12 Zulkaedah 1421 / 6 Febuari 2001)
Musabaqah Tilawah Al Quran Pegawai-Pegawai & Kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pos
Pada 1 April 2001 Jam 1.00 Petang Bertempat Bilik Latihan, Pusat Memproses Mel, Berakas
Tarikh Tutup Penyertaan 3 Mac 2001
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 11 (13 Zulkaedah 1421 / 7 Febuari 2001)
Surat Pemberitahuan Mengenai Pengiklanan Tawaran Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam Bil.JPA/32/2179/85
Tarikh Tutup : 28 Febuari 2001
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 12 (19 Zulkaedah 1421 / 13 Febuari 2001)
Perkhidmatan Kaunter Semasa Sambutan Hari Kebangsaan
Kaunter di tutup pada 23 Febuari 2001 dan di buka pada 24 Febuari 2001 sebelah Petang sahaja bermula pada Jam 1.30 hingga 4.30 Petang
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 13 (16 Zulkaedah 1421 / 10 Febuari 2001)
Surat Pemberitahuan JPA Bil 9/2001 Anugerah Skim Latihan Dalam Perkhidmatan Sessi 2001/2002
Borang dan Bayaran hendaklah dikembalikan ke Kaunter Pembayaran, Blok B Tingkat Bawah jabatan Peperiksaan Kementerian Pendidikan tidak lewat pada 17 Febuari 2001.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 14 (20 Zulkaedah 1421 / 14 Febuari 2001)
Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke XVII Tahun 2001
Dimaklumkan Ketua-Ketua Pos supaya akan dapat menghiasi bangunan Jabatan masing-masing dengan memasang lampu-lampu cucul dan bendera Kebangsaan selama 7 hari mulai 20 Febuari 2001.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 15 (23 Zulkaedah 1421 / 17 Febuari 2001)
Pesta Buku Brunei 2001 Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei darussalam kali Ke XVII
Diadakan selama 10 hari mulai 23 Febuari 2001 hingga 4 Mac 2001 bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Hassanal Bolkiah, Berakas.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 16 (23 Zulkaedah 1421 / 17 Febuari 2001)
Majlis Kesyukuran Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Tahun 1421H/2001M
Pada 22 Febuari 2001 Jam 6.00 Petang
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 17 (27 Zulkaedah 1421 / 21 Febuari 2001)
Lapuran Kutipan Derma Tahun 2000
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 18 (23 Zulkaedah 1421 / 17 Febuari 2001)
Tawaran Jawatan-Jawatan Pegawai Banci Sementara Banci Penduduk & Perumahan 2001
Borang permohonan boleh didapati di Seksyen Kajian, Bahagian Perangkaan, Jabatan Perancangan & Kemajuan Ekonomi, Tingkat 3, Bangunan Kewangan, Jalan James Pearce, Bandar Seri Begawan semasa Waktu Berkerja.
Tarikh Tutup pada 3 Mac 2001 jam 4.30 Petang
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 19 (27 Zulkaedah 1421 / 21 Febuari 2001)
Majlis Korban Kementerian Perhubungan & Jabatan-Jabatan Dibawahnya Tahun 1421H/2001M
Borang penyertaan Korban / Aqiqah kepada Pegawai & Kakitangan Jabatan ini yang berhajat bolehlah didapati di Bahagian Pentadbiran dan dikembalikan tidak lewat 28
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 20 (27 Zulkaedah 1421 / 21 Febuari 2001)
Majlis Korban Kementerian Perhubungan & Jabatan-Jabatan Dibawahnya Tahun 1421H/2001M
Pada 6 Mac 2001 Jam 1.00 Petang Bertempat Di Bangunan Kementerian Perhubungan, Jalan Menteri Besar
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 21 (28 Zulkaedah 1421 / 22 Febuari 2001)
Tawaran Bagi Mengikuti Kursus dari Institut Teknologi Brunei Bagi Sesi 2001/2001
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 22 (3 Zulhijjah 1421 / 27 Febuari 2001)
Pejabat Pos Lumut, Mukim Sungai Liang
Mula beroperasi pada 5 Mac 2001 Hari Isnin hingga Khamis & Sabtu Jam 8.00 - 12.15 (Pagi) & 1.30 - 4.30 (Petang)
Untuk makluman Pejabat Pos Sungai Liang yang selama ini beroperasi secara sementara di Balai Raya Sungai Liang adalah ditutup mulai 3 Mac 2001.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 23 (2 Zulhijjah 1421 / 26 Febuari 2001)
Ucapan Penghargaan & Terima Kasih
Ditujukan kepada Pegawai-Pegawai & Kakitangan Jabatan ini yang telah menyertai Perarakan Bendera Kecil Negara Brunei Darussalam pada 18 Febuari 2001 dan Perbarisan Hari Kebangsaan kali ke 17 pada 24 Febuari 2001 bertempat di Padang Sir Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 24 (9 Zulhijjah 1421 / 5 Mac 2001)
Peperiksaan Kerani-Kerani Rendah Bagi Tahun 2001
Borang penyertaan hendaklah dikembalikan di Bahagian Pentadbiran, Pusat Memproses Mel, Berakas tidak lewat pada 2 Jun 2001
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 25 (11 Zulhijjah 1421 / 7 Mac 2001)
Investment Seminar
Pada 19 Mac 2001 Jam 2.00 Petang Bertempat di Bilik Latihan, No 27 Tingkat 1, Simpang 88 Blok B Kompleks Kiulap, Bandar Seri Begawan BE1518
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 26 (21 Zulhijjah 1421 / 17 Mac 2001)
Pentadbiran Pos New Zealand
Dimaklumkan kepada orang ramai bahawa Pentadbiran Pos New Zealand telah memaklumkan mengenai Article 25.5 - Universal Postal Convention bahawa pengiriman Wang Tunai melalui surat biasa, surat berdaftar dan "Insured"ke New Zealand adalah tidak digalakkan.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 27 (21 Zulhijjah 1421 / 17 Mac 2001)
Pentadbiran Pos Norway
Mulai pada 1 Januari 2001 Pentadbiran Pos Norway tidak lagi mengendalikan perkhidmatan "Insured Parcels".
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 28 (25 Zulhijjah 1421 / 21 Mac 2001)
Kempen Menderma Darah
Dimaklumkan kepada semua Pegawai dan Kakitangan Jabatan ini Kempen tersebut akan diadakan :
Pada : 4 April 2001 Jam : 2.00 - 4.30 Petang Tempat : Bilik Latihan, Pusat Memproses Mel, Berakas, Jabatan Perkhidmatan Pos
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 29 (02 Muharram 1422 / 28 Mac 2001)
Musabaqah Tilawah Al Quran Jabatan Perkhidmatan Pos 1422H/2001M
Merujuk Surat Pemberitahuan Bilangan 10/2001 mengenai perkara diatas telah ditunda pada 5 Safar 1422/29 April 2001, Jam 1.00 Petang, ber tempat di Bilik Latihan, Pusat Memproses Mel, Lapangan Terbang lama Berakas.
Tarikh Tutup Penyertaan pada 14 April 2001, Bahagian Pentadbiran
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 30 (25 Muharram 1422 / 19 April 2001)
Majlis Korban Tahun 1422H/2002M
Kutipan bulanan kepada Pegawai dan kakitangan yang ingin ikut serta, bayaran seorang ialah $200 dan bagi kutipan bulanan diperlukan membayar tidak kurang $20 dalam tempoh 10 bulan.
Kutipan akan bermula pada terima gaji bulan April 2001 dan hendaklah dijelaskan dalam bulan Januari 2002. Borang dan keterangan lanjut bolehlah berhubung ke Bahagian Pentadbiran 02-383101 samb. 127. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 31 (18 Muharram 1422 / 12 April 2001)
Asian Youth Fellowship Program
Dimaklumkan kepada Pegawai dan Kakitangan Jabatan ini mengenai dengan memorandum Kementerian Perhubungan bil:KP(MC)SUT/9.171 bertarikh 13 Muharram 1422/7 April 2001 mengenai dengan perkara di atas.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 32 (25 Muharram 1422 / 19 April 2001)
Nanyang Fellows MBA Programme Brunei Participants
Dimaklumkan kepada pegawai dan kakitangan Jabatan ini mengenai dengan perkara di atas sebagaimana memorandum daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bil:44/JPA/LDP/INS/3.10 bertarikh 11 Muharram 1422/5 April 2001 melalui memorandum KementerianPerhubungan bil:(126)/KP(MC)SUT/2.1(B) Pt.6 bersama-sama lampiran untuk makluman.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 33 (25 Muharram 1422 / 19 April 2001)
Belajar Muqaddam dan Al Quran
Dimaklumkan kepada pegawai dan kakitangan Jabatan ini bahawa Kelas Muqaddam dan Al Quran akan diadakan pada tiap-tiap hari KHAMIS dan SABTU
Pegawai dan kakitangan yang ingin menyertai kelas ini supaya akan dapat mengisikan borang yang disediakan. Keterangan lanjut bolehlah menghubungi Bahagian Pentadbiran 383101 samb. 127
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 34 (25 Muharram 1422 / 19 April 2001)
Pas Keselamatan
Kepada semua pegawai dan kakitangan yang bertugas di Pusat Memproses Mel dimestikan untuk memakai Pas Keselamatan masing-masing bermula dari sekarang tanpa menantikan tarikh penguatkuasaan pada 1 Mei 2001.
Di samping itu pada tarikh berkenaan (! Mei 2001) semua kereta yang memasuki dalam kawasan larangan (kawasan dalam pagar) juga adalah dikehendaki untuk memasang Pelekat Pas Keselamatan di cermin kereta masing-masing. Mereka hendaklah memasuki kawasan itu melalui pintu masuk di sebelah kanan dan keluar melalui pintu yang sama.
Pintu masuk disebelah kiri dikhaskan bagi kereta pos sahaja. Mana-mana kereta dan juga orang awam yang tidak mempunyai Pas Keselamatan tidak akan dibenarkan masuk mulai dari tarikh tersebut. Tarikh Tutup Penyertaan pada 14 April 2001, Bahagian Pentadbiran |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 35 (30 Muharram 1422 / 24 April 2001)
Prosedur Mendiami / Mengosongkan Perumahan Milik Kerajaan / Perumahan Sewa Kerajaan
Dimaklumkan kepada pegawai dan kakitangan Jabatan ini khususnya yang mendiami rumah-rumah kerajaan mengenai memorandum Pengarah Jabatan Perkhidmatan Elektrik bil.JPE/BPP?09/49 bertarikh 27 Ramadhan 1421 bersamaan 23 Disember 2001. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 36 (30 Muharram 1422 / 24 April 2001)
Musabaqah Tilawah Al Quran, Jabatan Perkhidmatan Pos - Tahun 1422H/2001M
Majlis ini diadakan pada 11 Safar 1422H/5 Mei 2001, Jam 2.00 Petang bertempat di Bilik Latihan Jabatan Perkhidmatan Pos.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 37 (4 Safar 1422 / 18 April 2001)
Tidak Dibenarkan Meletakkan Kereta Di Kawasan Tepi Jalan Di Antara Bangunan MPC & Enjin Hawa Dingin
Dimaklumkan kepada Pegawai dan Kakitangan yang bertugas di Bangunan Pusat Memproses Surat & Bungkusan, Lapangan Terbang Lama, Berakas mulai pada 1 Mei 2001, Hari Selasa TIDAK DIBENARKAN meletakkan kereta di kawasan tepi jalan keluar masuk antara Bangunan MPC & enjin hawa dingin.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 38 (4 Safar 1422 / 28 April 2001)
Catatan Kedatangan Meninggalkan Pejabat Bagi Pegawai & Kakitangan
Dimaklumkan kepada Pegawai dan Kakitangan Jabatan ini bahawa mana-mana mereka yang hendak meninggalkan Pejabat sama ada urusan rasmi atau peribadi, hendaklah mencatat didalam buku yang telah disediakan bila keluar dan balik dari urusan berkenaan.
Untuk makluman, buku-buku yang disediakan adalah seperti berikut:-
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Dimaklumkan kepada Ketua-ketua
Bahagian dan Ketua-ketua Unit bahawa buku-buku berkenaan hendaklah
diperiks setiap minggu dan menghadapkan ke Bahagian Pentadbiran setiap
awal bulan.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 39 (18 Safar 1422 / 12 Mei 2001)
Penutupan Sementara Pejabat Pos Lapangan Terbang Antarabangsa, Berakas
Dimaklumkan kepada orang ramai bahawa Penutupan Pejabat Pos Lapangan Terbang Antarabangsa ditutup perkhidmatan buat sementara bagi proses kerja pengubahsuaian Lapangan Terbang Antarabangsa mulai 15 Mei 2001 dan akan beroperasi sebaik sahaja kerja pengubahsuaian tersebut selesai.
Jabatan ini mohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan dinasihatkan kepada orang ramai supaya mendapatkan perkhidmatan pos di pejabat pos yang berdekatan.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 40 (22 Safar 1422 / 17 Mei 2001)
Alamat Baru Jabatan Perancangan & Kemajuan Ekonomi
Dimaklumkan mengenai dengan alamat baru bagi Jabatan yang tersebut diatas mulai 14 Mei 2001 seperti berikut:- Jabatan Perancangan & Kemajuan Ekonomi Jalan Pengira Babu Raja Beribi, Gadong BE1118 Negara Brunei Darussalam
Terdapat 3 nombor talian telefon masing-masing 451960, 451961, 451963 dan 2 nombor bagi perhubungan faksimili iaitu 451824 dan 451832.
Sehubungan dengan itu, surat menyurat boleh ditujukan kepada Ketua Pengarah Perancangan & Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri seperti dialamat diatas menurut bidang tugas masing-masing.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 41 (25 Safar 1422 / 19 Mei 2001)
Perhimpunan & Perarakan Maulud Nabi Muhammad S.A.W Tahun 1422H/2001M Kementerian Perhubungan & Jabatan-Jabatan Dibaawahnya
Dimaklumkan kepada Pegawai dan Kakitangan Jabatan ini bahawa Majlis di atas akan diadakan pada 12 Rabiulawal 1422/4 Jun 2001, Jam 7.00 Pagi, bertempat di Taman Sir Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan. Untuk makluman sarapan pagi disediakan di Pejabat Pos Besar,BSB.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 42 (27 Safar 1422 / 21 Mei 2001)
Ucapan Penghargaan & Terima Kasih
Dimaklumkan bahawa Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih Kepada Pegawai & Kakitangan Jabatan ini yang ikut serta dan terlibat sama dalam acara Perbarisan Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan dibawahnya semasa Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali ke XVII yang telah diadakan di Taman Haji Sir Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan pada 29 Zulkaedah 1421 bersamaan 24 Febuari 2001.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 43 (29 Safar 1422 / 22 Mei 2001)
Pertandingan Sayembara Baca Puisi Islam Sempena Maulidur Rasul 1422H
Dimaklumkan bahawa Urusetia Tamu Aneka Jerudong Park akan mengadakan Pertandingan Sayembara Baca Puisi Islam Sempena Maulidur Rasul 1422H mulai pada 25 Mei hingga 3 Jun 2001 dari Jam 4.00 Petang hingga 12.00 tengah malam.
Sehubungan itu Pegawai & Kakitangan Jabatan ini yang ingin ikut serta dalam pertandingan tersebut adalah dialu-alukan. Pertandingan tersebut bermula Jam 8.00 Malam pada 26 Mei 2001, Bertempat di Jerudong Park Play Ground.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 44 (29 Safar 1422 / 23 Mei 2001)
Kaunter-Kaunter Pembayaran Jabatan Perkhidmatan Elektrik
Dimaklumkan bahawa Pengarah Perkhidmatan Elektrik Kementerian Pembangunan melalui memorandumnya bil.JPE/JK/KWG bertarikh 7 Safar 1422/1 Mei 2001 memaklumkan bahawa mulai dari 1 Mei 2001 Jabatan berkenaan telahpun mengubah waktu-waktu perkhidmatan seperti dibawah ini:-
Pihak Jabatan Perkhidmatan Elektrik akan sentiasa memaklumkan jika terdapat sebarang perubahan.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 45 (8 Rabiulawal 1422 / 28 Mei 2001)
Kejohanan Bola Sepak 5 Orang Sepasukan Dalam Dewan Sempena Hari Pos Sedunia Tahun 2001
Dimaklumkan kepada Pegawai & Kakitangan Jabatan ini bahawa Kejohanan seperti diatas akan diadakan pada 31 Mei 2001, Jam 1.00 Petang (Pusingan Awal) dan Jam 4.00 Petang (Perlawanan Akhir), bertempat Dewan Serbaguna, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Sehubungan itu abiskita dialu-alukan hadir bagi memeriahkan lagi perlawanan tersebut.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 46 (3 Rabiulawal 1422 / 26 Mei 2001)
Dikir Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W. Tahun 1422H/2001M
Dimaklumkan merujuk memorandum Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan bil.KP(MC)SUT/9.85 bertarikh 1 Rabiulawal 1422h/22 Mei 2001 berhubung dengan perkara diatas bagi menghadiri majlis dikir di masjid-masjid seperti berikut:-
1. Masjid Mohammad Bolkiah, Kg Serusop, Jalan Muara:
2. Masjid Perumahan Negara Lambak Kanan
Sehubungan dengan itu, pegawai & kakitangan lelaki yang berugama Islam di Jabatan ini adalah dijemput bersama-sama hadir kemajlis dikir tersebut diatas.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 47 (7 Rabiulawal 1422 / 30 Mei 2001)
Permohonan Mendiami Rumah Pangsa, Pejabat Pos Sengkurong
Dimaklumkan kepada kakitangan Jabatan ini bahawa terdapat satu bilik kosong bagi rumah pangsa Pejabat Pos Sengkurong pada masa ini.
Sehubungan dengan itu, adalah dopelawa kepada kakitangan yang berhajat untuk mendiami rumah pangsa berkenaan supaya akan dapat membuat permohonan dari sekarang. Borang Permohonan bolehlah didapati dari Bahagian Pentadbiran, Pusat Memproses Mel & Bungkusan, Lapangan Terbang Lama, Berakas.
Tarikh Tutup mengembalikan borang tersebut ialah 14 Jun 2001.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 48 (10 Rabiulawal 1422 / 3 Jun 2001)
Jalan Keluar Masuk Di Pusat Memproses Mel & Bungkusan, Lapangan Terbang Lama Berakas
Dimaklumkan kepada pegawai & Kakitangan Jabatan ini bahawa di peringatkan supaya akan mengikuti peraturan jalanraya yang telah disediakan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak di ingini berlaku - seperti penggunaan jalan kedua yang hendak keluar ke Jalan Besar mengikut belok Kanan.
Kereta tidak dibenarkan diletakkan berhadapan dengan bilik Posmen dan di kawasan bahagian Mel. Perkara ini perlu ingat bagi mengelakkan kemalangan atau kesesakan jalan di kawasan berkenaan.
Kerjasama abiskita amatlah diharapkan dan dihargai bagi mempastikan perjalanan dikawasan berkenaan selamat dan teratur.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 49 (10 Rabiulawal 1422 / 2 Jun 2001)
Pemeriksaan Mengejut
Peringatan bahawa pemeriksaan mengejut akan dilaksanakan dari masa kesemasa pada setiap Bahagian termasuk semua Pejabat-Pejabat Pos. Selaras dengan peraturan yang ada, bagi tujuan memperbaiki dan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan ini sebagaimana yang dijanjikan di dalam Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR) Jabatan ini.
Sukacita dinasihatkan kepada semua pegawai dan kakitangan supaya akan sentiasa berkhidmat dengan jujur, ikhlas dan amanah, bersikap komited, didikasi serta bersopan santun pada setiap masa demi meningkatkan mutu perkhidmatan yang kita berikan kepada pelanggan atau orang ramai.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 50 (15 Rabiulawal 1422 / 7 Jun 2001)
Surat pemberitahuan mengenai pengiklanan Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam Bil:JPA/3.2/2636/91
Tarikh Tutup bagi permohonan tersebut ialah 30 Jun 2001.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 51 (29 Rabiulawal 1422 / 21 Jun 2001)
Permohonan Cuti Dari 14 Julai hingga 4 Ogos 2001
Dimaklumkan kepada pegawai dan kakitangan Jabatan ini bahawa Mesyuarat ASEAN Postal Business akan diadakan di negara ini pada 25 Julai hingga 27 Julai 2001.
Sehubungan dengan itu komitmen Jabatan ini terhadap mesyuarat berkenaan maka pembekuan cuti kepada pegawai dan kakitangan Jabatan ini dimulakan pada 14 Julai 2001 hingga 4 Ogos 2001.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 52 (21 Rabiulawal 1422 / 13 Jun 2001)
Ucapan Penghargaan & Terima Kasih
Jabatan ini ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Pegawai & Kakitangan yang menyertai Hari Perhimpunan & Perarakan Maulud Nabi Muhammad S.A.W. serta pegawai dan kakitangan yang telah sudi menyediakan jamuan semasa Hari Perhimpunan tersebut.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 54 (29 Rabiulawal 1422 / 21 Jun 2001)
Taklimat Skim Perlindungan AIA
Dimaklumkan kepada Pegawai & Kakitangan Jabatan ini bahawa Taklimat Skim Perlindungan AIA akan diadakan pada hari kelepasan awam sebelah pagi bermula 9.00 Pagi dan sebelah petang bermula 2.30 Petang. Taklimat tersebut mengambil masa selama 45 minit termasuk sesi soaljawab.
Sesiapa yang berminat untuk menghadiri taklimat tersebut sila mendaftar ke Bahagian Pentadbiran tidak lewat 30 Jun 2001.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 55 (28 Rabiulawal 1422 / 20 Jun 2001)
Kepada yang berkenaan
Dimaklumkan bahawa pada hari Selasa 19 Jun 2001 sebelah petang seorang Posmen Penyerahan Jabatan ini yang bertugas membuat penyerahan bagi kawasan Kampong Mentiri dan sekitarnya telah mengalami kemalangan iaitu jatuh daripada motosikal kerana keadaan jalanraya yang licin.
Terbit daripada itu beberapa keping surat telah terjatuh dalaman takongan air dan menyebabkan surat-surat tersebut basah dan terpaksa dikeringkan terlebih dahulu sebelum diserahkan semula.
Sehubungan dengan itu, Jabatan ini berasa kesal dan memohon maaf atas kerosakan surat-surat tersebut yangmana adalah di luar daripada jangkaan pihak kami.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 56 (13 Rabiulakhir 1422 / 5 Julai 2001)
Surat Pemberitahuan Jabatan Perkhidmatan Awam Bil:22/2001 - Anugerah Skim Latihan Dalam Perkhidmatan Sesi 2001/2002
Dimaklumkan kepada Pegawai dan Kakitangan Jabatan ini mengenai dengan Surat Pemberitahuan seperti diatas. Mana-mana Pegawai & Kakitangan yang berhajat untuk mengikuti peperiksaan berkenaan bolehlah mendapatkan borang pendaftaran di Jabatan Perkhidmatan Awam semasa waktu pejabat mulai tarikh surat pemberitahuan ini dikeluarkan.
Tarikh Tutup pendaftaran ialah pada 17 Julai 2001.
Borang yang lengkap diisikan berserta bayaran hendaklah dikembalikan ke Kaunter Pembayaran, Blok B, Tingkat Bawah, Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan tidak lewat 17 Julai 2001.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 57 (15 Rabiulakhir 1422 / 7 Julai 2001)
Surat Pemberitahuan mengenai pengiklanan Tawaran Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam Bil:JPA/3.2/2341/88
Dimaklumkan bersama surat keliling Jabatan Perkhidmatan Awam seperti diatas mengenai jawatan-jawatan kosong di Perkhidmatan Kerajaan Negara Brunei Darussalam.
Tarikh Tutup bagi permohonan tersebut pada 30 Julai 2001
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 58 (19 Rabiulakhir 1422 / 11 Julai 2001)
Pertandingan Kumpulan Kerja Cemerlang Jabatan Perkhidmatan Pos Tahun 2001
Dimaklumkan bahawan pertandingan tersebut telah sempurna diadakan pada 5 Julai 2001 yangmana telah disertai oleh 6 Kumpulan Kerja Cemerlang bagi mewakili bahagian masing-masing.
Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:-
Ucapan tahniah, penghargaan dan terima kasih kepada pasukan yang menyertai dan semua pegawai dan kakitangan khususnya Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Penyelenggara diatas usaha dalam menjayakan pertandingan tersebut.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 60 (19 Rabiulakhir 1422 / 11 Julai 2001)
Keluaran Setem Baru 'His Majesty's 55th Birthday 15th July 2001'
Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Pos melalui Bahagian Pemasaran & Kemajuan Produk akan mengeluarkan setem baru seperti tersebut diatas Sempena Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam.
Sehubungan itu semua kaunter-kaunter Jabatan Perkhidmatan Pos di seluruh negara akan dibuka kepada orang ramai untuk jualan setem khas tersebut pada:-
15 Julai 2001 Hari Ahad Jam 8.00 Pagi huingga 3.00 Petang
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 61 (25 Rabiulakhir 1422 / 17 Julai 2001)
Pemberhentian Perkhidmatan Wang Pos Antara Brunei & Malaysia
Dimaklumkan kepada orang ramai bahawa Jabatan Perkhidmatan Pos tidak ada kadar pertukaran rasmi Wang Brunei dengan Wang Malaysia. Oleh itu perkhidmatan wang pos antara Brunei dan Malaysia dihentikan sementara waktu mulai pada 17 Julai 2001. Jabatan ini memohon maaf diatas segala masalah yang akan timbul.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 62 (25 Rabiulakhir 1422 / 17 Julai 2001)
Kelas Belajar Mengaji Al Quran & Muqaddam
Dimaklumkan kepada Pegawai & Kakitangan yang telah mendaftar bagi Kelas Mengaji seperti diatas atau mereka yang belum mendaftarkan nama yang ingin mengikutinya, bolehlah hadir pada waktu yang disediakan seperti dibawah ini mulai pada 19 Julai 2001:-
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 63 (26 Rabiulakhir 1422 / 17 Julai 2001)
Manifestasi Puisi Islam Sempena Sambutan Israk & Mikraj Tahun 1422H/2001M
Dimaklumkan kepada Pegawai & Kakitangan Jabatan ini berhubung denga memorandum Kementerian Hal Ehwal Ugama bil.KHEU/PTK/7/91-8 mengenai perkara diatas.
Sehubungan dengan itu, Pegawai & Kakitangan yang berhajat menyertai pertandingan berkenaan bolehlah mendapatkan borang penyertaan di Bahagian Pentadbiran, dan mestilah dikembalikan kepada pihak penganjur tidak lewat pada 31 Julai 2001.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 64 (29 Rabiulakhir 1422 / 21 Julai 2001)
Pemberitahuan Untuk Orang Ramai
Dimaklumkan kepada orang ramai bahawa mulai 1 Ogos 2001 harga jualan dan kadar penukaran Wang Pos British adalah seperti berikut:-
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 65 (2 Jamadilawal 1422 / 23 Julai 2001)
Banci Penduduk & Perumahan 2001 (Peringkat Kedua)
Dimaklumkan kepada Pegawai & Kakitangan Jabatan ini mengenai dengan memorandum Ketua Pengarah Perancangan & Kemajuan Ekonomi Nil.(22)JPKE/ST/230/Pt.IV mengenai perkara diatas.
Sehubungan dengan ini dipohonkan kepada abiskita supaya akan memberikan kerjasama kepada Pegawai Banci yang bertugas pada hari-hari berkenaan.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 66 (9 Jamadilawal 1422 / 30 Julai 2001)
Tidak Mengenakan Bayaran Pertanyaan
Dimaklumkan kepada orang ramai mulai 1 Ogos 2001 Jabatan Perkhidmatan Pos tidak lagi mengenakan bayaran bagi pertanyaan (INQUIRIES). Walaubagaimanapun borang-borang pertanyaan hendaklah diisikan sepertimana lazimnya.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pemberitahuan Bilangan 68 (10 Jamadilawal 1422 / 31 Julai 2001)
Keluaran Setem Baru Perkhemahan Belia Antarabangsa
Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Pos akan mengeluarkan setem baru sempena Perkhemahan Belia Antarabangsa yang bermula 5 Ogos hingga 11 Ogos 2001.
Sehubungan dengan itu semua kaunter-kaunter Jabatan Perkhidmatan Pos di seluruh Negara Brunei Darussalam akan dibuka kepada orang ramai untuk Jualan Setem Khas tersebut pada 5 Ogos 2001, Ahad, Jam 8.00 Pagi hingga 3.00 Petang.
Sampul Surat Rasmi Hari Pertama tanpa setem telah mulai dijual di semua kaunter-kaunter jabatan Perkhidmatan Pos.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||