![]() |
|
![]() |
|
![]() |
Versi Bahasa Inggeris Rancangan
Masa Hadapan Jabatan Perkhidmatan Pos adalah sebuah agensi Kerajaan yang bergiat aktif dalam industri perhubungan pos berperanan sebagai pasarana pembangunan budaya, sosio politik dan ekonomi negara. Menyediakan rangkaian perkhidmatan pos di bandar dan luar bandar bagi mengendalikan pelbagai jenis perkhidmatan pos yang berkualiti tinggi, cepat, tepat dan selamat. Jabatan Perkhidmatan Pos mengutamakan perkhidmatan-perkhidmatan yang memberi kepuasan kepada pelanggan. Kearah itu pelbagai jenis perkhidmatan dan produk yang memenuhi kehendak-kehendak pelanggan dan relevan dengan arus perkembangan masa kini sentiasa disediakan dan kualitinya sentiasa diambil perhatian sepenuhnya. Dalam era teknologi maklumat yang berkembang pesat, Jabatan Perkhidmatan Pos sentiasa merebut peluang dari luruhan perkembangan tersebut. Beberapa perancangan telah dibuat menjurus kearah itu. Diantaranya meningkatkan mutu perkhidmatan, memperkenalkan produk baru, mencepatkan penghantaran mel dan meningkatkan ilmu pengetahuan sumber tenaga dibidang pengurusan dan teknologi informasi. Pada tahun 1999, Jabatan Perkhidmatan Pos menumpukan perhatian dalam merealisasikan matlamat Jabatan sebagai Pusat Perkhidmatan Urusniaga selaras dengan matlamat untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Pusat Perkhidmatan Perdagangan dan Pelancungan menjelang 2003. Disamping itu Jabatan ini turut serta dengan ahli-ahli Kesatuan Pos Sedunia (Universal Postal Union) untuk mencapai matlamat UPU Seoul Strategy 1994 yang menuju kearah Global Strategic, Planning in a Competition Environment. UPU Seoul Strategy 1994 ini, antara lain menyarankan supaya pengurusan pos mengamalkan sistem pengurusan moden dan menggunakan Commercial Approach dalam melayani keperluan pelanggan. Ini juga selaras dengan tema UPU Strategy Conference yang diadakan di Geneva pada bulan Oktober, 1997 yang menuju kearah Postal Vision 2005. Global Challenges and Strategies On The Communication Market. Tahun 1999 adalah merupakan tahun yang paling mencabar bagi industri pos di Negara Brunei Darussalam. Persaingan dengan industri telekomunikasi informasi, pos swasta dan kegawatan ekonomi yang melanda negara-negara di Asia memberi kesan yang ketara kepada Jabatan Perkhidmatan Pos. Di antara kesan-kesannya ialah terdapat penurunan paduan mel (Volume Of Mail) yang dikendalikan dari 22 juta pada tahun 1998 kepada 18 juta di tahun 1999 ini; dan hasil pendapatan Jabatan. Walaubagaimanapun masa depan industri pos masih cerah dan dijangka meningkat dengan pulihnya ekonomi negara seperti biasa. Disamping itu berbagai usaha telah dibuat untuk memperkembangkan dan memajukan perkhidmatan pos bagi menghadapi cabaran-cabaran di tahun yang mendatang. Perancangan automasi kaunter, mekanisasi Pusat Memproses Mel dan Bungkusan dan mempersyarikatkan Jabatan Perkhidmatan Pos yang berorientasikan komersial adalah diantara usaha yang sedang giat dirancangkan yang diyakini boleh menjana kearah kemajuan dan survival industri pos era IT dan persaingan yang penuh dengan cabaran ini.
(catatan dari Ketua Bahagian Perancang, Pembangunan, Keselamatan & Urusan Antarabangsa) |
|
|