The Government of Brunei Darussalam

Versi Bahasa Inggeris



Skim Poskod Baru

Panduan Menulis Alamat Dan Poskod Yang Betul

Untuk menjamin surat-surat awda sampai kepada tempat yang dituju, ketepatan alamat adalah sangat penting.

Sebelum mengepos surat-surat, awda hendaklah mempastikan bahawa alamat tempat dituju adalah betul. Ini penting kerana jika awda menulis alamat yang salah pada surat-surat yang hendak diposkan, surat-surat tersebut tidak akan sampai ke tempat dituju.  Begitu juga, alamat yang tidak lengkap akan melambatkan lagi perjalanan surat-surat awda dan akan menyebabkan surat-surat awda lewat atau tidak dapat diserahkan.

Alamat hendaklah ditulis pada bahagian tengah muka hadapan sampul surat.  Tulisannya hendaklah terang, tidak mudah dipadam, mudah dibaca dan sebaik-baiknya dalam huruf besar.

Oleh kerana Jabatan Perkhidmatan Pos di negara ini melaksanakan skim poskod kebangsaan, maka nombor poskod adalah sangat penting disamping maklumat-maklumat lain.

Berikut diberikan contoh cara mengalamatkan surat-surat dengan betul seperti susunan berikut:-

Baris ke-1     Nama penerima atau nama syarikat.

Baris ke-2     Nombor rumah; nombor tingkat; nama bangunan; nombor simpang, nama jalan dan nama jalan utama (jika berkaitan) atau nombor peti surat persendirian serta pejabat yang berkenaan.

Baris ke-3     Nama kampung atau nama tempat yang terkenal.

Baris ke-4     Nama bandar atau daerah dan poskod.

Baris ke-5     Negara Brunei Darussalam (mesti ditulis jika surat dari luar negeri)

Apabila menulis alamat pada sampul surat yang hendak diposkan, sebaik-baiknya jangan melebihi 5 baris.  Huruf pertama untuk tiap-tiap baris hendaklah selari dalam satu garis menegak.  Tidak ada jarak antara abjad depan digit seperti "Muara BT2328".

Ukuran Lebar Panjang
Minimum 90 mm 140 mm
Maksimum 144 mm 264 mm

Bagi surat yang dikirim melalui pos, alamat pengirim hendaklah ditulis pada bahagian penutup belakang sampul surat.  Ini membolehkan surat berkenaan dapat dikembalikan kepada pengirim sekiranya surat tersebut tidak dapat diserahkan kepada penerima.

Disamping itu, ianya juga menolong penerima mengenal pasti alamat dan poskod awda yang betul.  Dengan cara ini penerima akan dapat membalas surat awda dengan alamat dan poskod yang betul.

Jabatan Perkhidmatan Pos berhasrat memberi perkhidmatan yang efisen kepada awda.  Oleh itu kerjasama awda sangat-sangat diperlukan.  Adalah menjadi tugas awda mempastikan ketepatan maklumat-maklumat alamat dan poskod awda kerana ianya merupakan kunci bagi kecepatan penyerahan surat awda.

Cara-Cara Mendapatkan Nombor Rumah Yang Betul

1.  Penduduk Daerah Brunei Muara bolehlah membuat permohonan kepada:-

     Juru Ukur Agung 

     Jabatan Ukur

     Bandar Seri Begawan BB3510

     Negara Brunei Darussalam

atau

     berjumpa terus ke

 

     Unit Penomboran Rumah-Rumah

     Simpang 612

     Jalan Kumbang Pasang

     Bandar Seri Begawan BA1511

     Negara Brunei Darussalam

atau

     berjumpa terus ke

 

     Unit Kartografi (Tingkat Satu)

     Jabatan Ukur

     Bandar Seri Begawan BB3510

     Negara Brunei Darussalam

 

2.  Penduduk daerah-daerah lain bolehlah memohon kepada:-

    

     Juru Ukur Tanah

     Jabatan Ukur Tutong

     Tutong TA1341

     Negara Brunei Darussalam

atau

     Juru Ukur Tanah

     Jabatan Ukur Belait

     Kuala Belait KA1131

     Negara Brunei Darussalam

atau

     Juru Ukur Tanah

     Jabatan Ukur

     Bangar Baru

     Temburong PA1351

     Negara Brunei Darussalam

 

3. Maklumat yang diperlukan:-

 

     NAMA PEMILIK RUMAH

     NOMBOR KAD PENGENALAN

     NO LOT TANAH

     NAMA JALAN ATAU SIMPANG (JIKA ADA)

     RAJAH YANG MENUNJUKKAN KEDUDUKAN RUMAH

     NOMBOR TELEFON



|| Latarbelakang | Visi & Misi | Carta Organisasi | TPOR | Pemberitahuan |Rancangan Masa Hadapan | Skim Poskod Terbaru | Perkhidmatan | MaklumbalasKeluaran Setem Baru | Koleksi Khas Setem-Setem||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||