-
Pemegang-Pemegang
Akaun Tempatan dan Luar Negeri akan dikenakan bayaran pos yang
ditetapkan serta bayaran pendaftaran kerana semua pesanan akan
dihantar melalui pos berdaftar. Pesanan bagi Pelanggan Luar
Negeri akan dihantar melalui MEL UDARA atau, melalui MEL LAUT
tertakluk kepada permintaan. Jika sesuatu pesanan mengandungi
setem-setem yang dibatalkan (CTO), bayaran pos dan pendaftaran tidak
akan dikenakan jika sekiranya nilai setem-setem yang dibatalkan (CTO)
mencukupi untuk menampung bayaran pos dan pendaftaran bagi Pesanan
Tetap.
-
Apabila
baki yang ditunjukkan didalam penyata akaun bagi pemegang akaun yang
tertentu berkurangan, tambahan peruntukan hendaklah dihantar
selewatnya 4 minggu sebelum tarikh keluaran akan datang. Sebarang
pesanan yang tidak dijelaskan bayarannya dengan sepenuhnya, iaitu
tidak mempunyai peruntukan yang cukup untuk menampung pesanan 4 minggu
sebelum keluaran akan datang, maka pesanan itu akan dibatalkan. Peruntukan
tambahan yang diterima selepas tarikh keluaran sesuatu setem tidak
akan dilayan.
-
Bayaran
permulaan yang dikehendaki bagi membuka akaun dan bayaran tambahan
bagi menetapkan akaun, hendaklah dikirimkan dengan Wang Pos
Brunei, Wang Pos Malaysia, Wang Pos Singapura, Kiriman Wang atau Bank
Draf. Kiriman mestilah dibuat atas nama Ketua Pos Agung, Negara
Brunei Darussalam dan hendaklah dipalang "Tidak Boleh Niaga"
- Akaun Penerima Sahaja. Wang Kertas TIDAK akan diterima kecuali
jika dibayar sendiri di Kaunter Biro Filatelik, Pejabat Pos Besar,
Bandar Seri Begawan.
-
Kiriman
yang dibuat dengan menggunakan wang kertas bagi lain-lain negara hanya
diterima tertakluk kepada Penerimaan Bank Tempatan dan nilai Kadar
Pertukaran Wang Asing.
|
-
Satu
set akan dikeluarkan bagi setiap kiriman yang diterima.
Pertanyaan hendaklah dibuat jika pemberitahuan tidak diterima dalam
masa 14 hari selepas tarikh hantaran kiriman bagi Pelanggan Tempatan
dan 30 hari bagi Pelanggan Luar Negeri.
-
Pemegang-Pemegang
Akaun yang ingin memesan barang-barang pengumpulan setem yang lain dan
tambahan setem-setem, bolehlah berbuat demikian dengan mengemukakan
maklumat lengkap keperluan mereka secara berasingan dan menyatakan
nombor akaun masing-masing. Benda-benda ini akan dihantar kemudian
seperti biasa.
-
Pesanan-Pesanan
Tetap bolehlah ditukar, tetapi dengan syarat Pemegang Akaun
dikehendaki memaklumkan ke Unit Biro Filatelik sekurang-kurangnya satu
bulan sebelum tarikh keluaran setem baru ditetapkan.
-
"Position
Block" dengan petak-petak warna dan lain-lain akan dibekalkan
dalam blok yang mengandungi sekurang-kurangnya empat atau enam keping
setem. Pelanggan juga mestilah menyatakan kedudukan blok yang
dikehendaki.
-
Pembekalan
setem-setem seperti yang tersebut didalam perkara 12 adalah terhad
kepada 3 set sahaja tertakluk kepada bekalan stok yang ada. Jika
bekalan stok habis, setem-setem tanpa petak-petak warna dan
lain-lain akan dibekalkan.
-
Jika
Pemegang Akaun menerima barang-barang pengumpulan setem yang
rosak mereka boleh menukarkannya dalam tempoh 7 hari selepas
menerimanya.
-
Ketua
Pos Agung, Kementerian Perhubungan, Negara Brunei Darussalam berhak
untuk membatalkan atau menolak sebarang Pesanan-Pesanan Tetap yang
tidak memenuhi syarat-syarat atau pindaan selanjutnya mengenai
syarat-syarat yang ditetapkan.
|