| MENGELAKAN AWDA DARI MELEKAT SETEM | |
Mel Korporat menyediakan perkhidmatan penggunaan Mesin Franki; Bayaran Pos Jelas; dan Jawapan Perniagaan dalam dan Luar Negeri. Perkhidmatan Mesin Franki adalah sebagai ganti kepada setem. Mesin Franki sesuai digunakan bagi mengendalikan mel yang banyak. Ia juga berfungsi sebagai pencetak Cap Mel seperti yang dikehendaki oleh Jabatan Perkhidmatan Pos. Selain dari mempercepatkan urusan ianya boleh memelihara rekod bayaran pos. Mesin Franki membolehkan awda mencetak mesej iklandalm bentuk Cap Franki. Bayaran Pos Jelas berkhidmat jika pengiriman awda terlalu banyak dan kerap. Awda tidak perlu melekat Setem atau menggunakan mesin franki bagi menjimatkan masa dan tenaga. |
Untuk mendapatkan perkhidmatan ini beruruslah di:- Kaunter Perkhidmatan Utama, Pusat Memproses Mel & Bungkusan Berakas BB3510 Negara Brunei Darussalam 673-2-381835; 673-2-381834; 673-2-383955; 673-2-383764; |