PERKHIDMATAN KEWANGAN JABATAN PERKHIDMATAN POS

Perkhidmatan Kiriman Wang adalah satu perkhidmatan kewangan yang diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Pos Brunei.  Pengiriman Wang melalui perkhidmatan ini adalah selamat, mudah dan senang. Perkhidmatan Kewangan terdapat 2 jenis :-

  1. Kiriman Wang
  2. Wang Pos

Kiriman Wang berfungsi seperti bank draf atau cashier's order. Terdapat dapat dua jenis perkhidmatan kiriman wang iaitu Kiriman Wang Biasa; dan Telegraf. Had maksima bagi pengiriman wang sebanyak B$400. 

Bagi pengiriman wang antarabangsa hanya dibolehkan untuk penghantaran ke Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina sahaja. Komisen akan dikenakan untuk penggunaan perkhidmatan ini termasuklah komisen kedua, apabila kiriman wang dikembalikan kepada pengirim.

Wang Pos adalah sama seperti wang tunai dan cek berpalang.  Ada terdapat dua jenis Wang Pos iaitu Wang Pos Brunei dan British.  Wang Pos ini boleh ditunaikan di Pejabat-Pejabat Pos. Perkhidmatan ini juga akan dikenakan komisen bagi pengurusannya.

Komisen yang dikenakan tertakluk kepada  kadar pertukaran wang pada hari tersebut.
Wang Pos tidak dapat ditunaikan di Pejabat-Pejabat Pos kecil

Untuk pertanyaan sila hubungi Pejabat Pos berdekatan atau telefon melalui talian telefon 673-2-383101 samb. 111

 

 

 

Jenis Perkhidmatan Denominasi Komisen *(B$)
KIRIMAN WANG Lebih Tidak Lebih  
- B$100 1.50
B$100 B$200 3.00
B$200 B$300 4.50
B$300 B$400 6.00
WANG POS BRUNEI Lebih Tidak Lebih Komisen *(B$)
  B$2 0.15
  B$5 0.20
  B$10 0.30
  B$20 0.50
  B$50 1.00
  B$100 1.50
WANG POS BRITISH Lebih Tidak Lebih Komisen *(B$)
    £0.50 0.08
    £1.00 0.15
    £2.00 0.20
    £3.00 0.30
    £4.00 0.40
    £5.00 0.50
    £6.00 0.60
    £7.00 0.70
    £8.00 0.80
    £9.00 0.90
    £10.00 1.00