PETI SURAT PENYERAHAN

(KUNCI PENYERAHAN YANG CEPAT DAN SELAMAT)

dan

PETI SURAT PERSENDIRIAN

(MEMUDAHKAN, PILIHAN UTAMA UNTUK PENYERAHAN SULIT)

Peti Surat Penyerahan adalah satu cara yang cekap untuk membantu biskita supaya mendapat penyerahan mel yang cepat dan selamat. Peti Surat juga boleh digunakan untuk Persendirian atau Perniagaan.  Pemilik bangunan tinggi dimestikan menyediakan peti surat penyerahan untuk penghuni-penghuni bangunan tersebut ditingkat bawah.

Awda hendaklah menyediakan Peti Surat Penyerahan di pintu utama masuk ke kawasan rumah awda. Bagi memastikan surat awda sentiasa dalam keadaan selamat, pasanglah kunci di peti surat tersebut.

Peti Surat Persendirian, memudahkan awda untuk mengambil mel bila-bila masa tanpa menunggu posmen untuk membuat penyerahan.  Perkhidmatan ini juga dapat membantu awda jika bertukar alamat tinggal atau pergi bercuti di luar negara.  Dengan adanya perkhidmatan Peti Surat Persendirian, awda tidak perlu bimbang dengan keadaan mel awda.

Pilihan Terbaik Untuk Perniagaan, Peti Surat Persendirian juga memberikan manfaat kepada semua bentuk perniagaan.  Segala tuntutan pembayaran, penyata bank, sebutharga, akaun dan lain-lain sudah pasti selamat dan menjadi rahsia.  Awda tidak perlu bimbang akan kehilangan segala peluang perniagaan.

Jika awda bekerja sendiri atau memiliki syarikat perniagaan, nombor Peti Surat Persendirian menampilkan profession dan imej korporat kepada pelanggan awda.  Selain itu alamat Peti Surat lebih senang di ingat daripada alamat biasa.

Peti Surat Persendirian mengelakkan urusan perniagaan awda bercampur aduk dengan urusan keluarga.

Sewa/Kadar bayaran Peti Surat Persendirian sebanyak B$40 setahun.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini sila hubungi :-

Pengawal Pos Penyerahan

Bahagian Operasi

Jabatan Perkhidmatan Pos

Pusat Memproses Mel & Bungkusan

673-2-383101 samb. 126

 

Bagaimana untuk mendapatkan permohonan perkhidmatan Peti Surat Persendirian ini ?

Sila isikan borang permohonan (PPP 35) dan kirimkan kepada Bahagian Peti Surat,

Pusat Memproses Mel & Bungkusan,

Jabatan Perkhidmatan Pos

Berakas BB3510

untuk mendapatkan kebenaran.

 

Pejabat-Pejabat Pos yang memberikan perkhidmatan Peti Surat Persendirian :-

 

Daerah Brunei/Muara

  1. Pusat Memproses Mel, Berakas

  2. Bandar Seri Begawan

  3. Seri Kompleks

  4. Gadong

  5. Mata-Mata

  6. Salambigar

  7. Sengkurong

  8. Limau Manis

  9. Muara

  10. Lumapas

Daerah Tutong

  1. Tutong

  2. Lamunin

  3. Telisai

Daerah Belait

  1. Kuala Belait

  2. Seria

  3. Labi

Daerah Temburong

  1. Bangar