 |
Versi
Bahasa Inggeris
Visi
- Pos Menjadi Pusat Perkhidmatan Perniagaan
dan Informasi
Misi
- Untuk menyediakan perkhidmatan perhubungan
pos yang berkualiti tinggi, cepat, efisen, tepat
dan sentiasa dipercayai.
- Untuk menjadi pusat perkhidmatan
kaunter pelbagai pembayaran dan informasi.
- Menjalinkan perhubungan global.
Matlamat
Menjadikan Pusat Perkhidmatan Urusniaga,
Informasi dengan menyediakan kemudahan-kemudahan yang sesuai dengan
bayaran yang berpatutan ataupun nominal bagi membolehkan orang ramai
membuat urusan atau mendapatkan maklumat yang mereka kehendaki
Peranan
Jabatan Perkhidmatan Pos berperanan
sebagai :-
- Mendokong pembangunan sosial budaya
dan ekonomi negara melalui penyediaan kemudahan dan
infrastruktur perkhidmatan pos di negara ini.
- Mengendalikan dan menyediakan sistem
perhubungan pos di negara ini dan mempastikan semuanya berjalan
dengan baik dan lancar mengikut garis pandu yang telah
ditentukan oleh Akta Pos, peraturan Jabatan dan Convention Persatuan Pos
Sedunia (Universal Postal Union).
- Mendokong hasrat negara untuk
menjadikan Pusat Perdagangan, Perkhidmatan Perdagangan dan
Pelancungan di rantau BIMP-EAGA.
- Menyediakan kemudahan dan
infrastruktur rangkaian perkhidmatan pos kepada orang ramai di
bandar dan diluar bandar.
- Memenuhi kehendak pelanggan dengan
menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi pihak agensi kerajaan dan
swasta.
- Menjalinkan perhubungan
pelanggan-pelanggan di negara ini kepada pelanggan-pelanggan di
luar negara.
|